Rafting di Sungai Sei Bah Bolon

Hari ini saya menjalani pengalaman rafting yang sesungguhnya buat kali pertama sepanjang hidup aku.

Perjalanan dimulai dengan mulai berkumpul di depan bank BNI Pintu 4 USU sebelum pukul 6.00 pagi.

Setelah itu, aku dan rakan-rakan lainnya pergi menuju ke kedai I love Medan di Tamrin berdekatan dengan Jl. Intan. Selain kami, ekspedisi ini juga disertai oleh penduduk tempatan yang berbangsa cina. Oleh kerana keluarga pemilik kedai I love Medan turut menyertai kami, maka motor kami dapat disimpan di dalam kedai tersebut.

Dari kedai itu, dengan menggunakan 2 buah van, perjalanan ke Sungai Sei Bah Bolon pun bermula. Perjalanan dari medan menuju ke lokasi sekitar 3 jam dengan menggunakan jalan tol menuju ke Tg. Morawa. Jalan tol di Medan mirip seperti di Semenanjung Malaysia, namun kenderaan beroda 2 tidak dapat menggunakan jalan tol ini dan fasiliti sepanjang jalan tol seperti station R&R, station minyak, serta perhentian sebelah tidak kelihatan. Sekitar jam 11.00 pagi kami pun sampai ke lokasi yang di tuju.

Ketika berada di sana, pihak pengurusan Rafting Sungai Sei Bah Bolon memfasilitasi kami selama kegiatan berlangsung, menyediakan seluruh perlengkapan & alat keselamatan yang berstandart kan FAJI ( Federasi Arung Jeram Indonesia ), menyediakan alat transportasi lokal menuju titik start, dan dipandu oleh guide lokal yang berpengalaman.

Sebaik sahaja turun dari kenderaan, aku dan rakan-rakan menuju ke base camp dan mengambil pendayung sampan (padle), dan memakai lengkap peralatan keselamatan seperti helmet dan life jacket yang telah disediakan sebelum menaiki lori ke starting point. Kerana keadaan pada masa itu panas membahang, untuk mengurangkan risiko sunburn aku dan rakan yang lain memakai lotion pelindung dari sinar UV. :p

Meskipun perjalanan belum dimulai, badan dan muka aku dipenuhi dengan titisan peluh akibat cuaca yang panas, namun tubuh dan wajah aku kembali segar dengan aliran udara semasa berada di dalam lori sewaktu menuju ke starting point. Perjalanan ke starting point dengan menggunakan lori besar mengambil masa sekitar 1 jam.

Sampai ke starting point, kami diberi air mineral setiap seorang sebelum melakukan jungle tracking dengan membawa padle masing-masing selama sekitar 15 minit untuk ke pinggir sungai dan menaiki sampan yang tentunya setiap sampan tersebut diketuai oleh instructor.

Sebelum sampan dilepaskan ke arus sungai, para instructor memberi taklimat dan mengajar cara memegang padle dan cara mendayung yang benar serta memberitahu peserta apa yang perlu dilakukan sepanjang rafting di sungai.

Sungai Sei Bah Bolon merupakan sebatang sungai dengan panjang 14 km. Sepanjang rafting di sungai ini, kami melewati beberapa desa, iaitu: hulu Desa Tinokkah, Marjaji, Sipispis, Silau Padang, Marjanji dan hilir Desa Buluh Duri.

Arus sungai ini tergolong selamat bagi pemula rafting seperti aku. Semasa rafting, hal yang paling seronok adalah ketika melalui jeram-jeram sungai. Sepanjang sungai ini terdapat beberapa jeram-jeram yang telah diberi nama sesuai arus nya, misalnya jeram ROLLER COASTER jika melewati jeram ini kita terasa duduk di atas roller coaster terutama ketika hujan lebat. Semasa melalui jeram roller coaster ini, aku tidak dapat merasakan diri berada di atas roller coaster kerana cuaca masa itu agak panas dan telah terjadi hakisan tebing sungai akibat aktiviti pengambilan pasir sungai.

Antara beberapa jeram yang sangat seronok untuk dilalui adalah:
1. JERAM NGEHEK (LEVEL 3+)
2. SIHORBO ( LEVEL 3 )
3. MIKEY ( LEVEL 2 )
4. ROLLER COASTER ( LEVEL 2 & 3 )

Masih banyak jeram-jeram kecil yang belum diberi nama.

Sungai sepanjang 14 km ini menawarkan berbagai pemandangan alam yang indah, mulai dari tebing-tebing yang menjulang tinggi yang diselimuti oleh hutan-hutan tropis yang masih semula jadi dan sepanjang tebing ini kami masih dapat melihat banyak sekali tebing sungai yang ditumbuhi dengan anggrek batu yang sudah jarang terlihat dimana pun.

Selain itu, sesekali kami dapat melihat tebing-tebing ini mengucurkan air yg cukup deras melalui celah-celah batu tersebut dan tentunya air tersebut dapat diminum langsung.

Sedang seronok mendayung, ditengah perjalanan kami dapat menikmati air terjun dengan ketinggian 10 meter yang dimana airnya jatuh tepat disamping aliran sungai yang kami lewati dan pasti kami merasakan percikan air yang jatuh tepat di atas perahu kami. Selain panorama indah ini, hal ini diserikan lagi dengan bunyi burung yang berkicauan sepanjang rafting sepanjang 14 km menuju titik penamat.

Semasa rafting, terdapat 4 check point. Semasa sampai di check point pertama, aktiviti rafting dihentikan sebentar dan kami dibenarkan mandi di sungai dan kami dijamu dengan roti. Kerana sejuk, perut terasa lapar, maka roti yang diberikan habis aku makan dengan penuh selera.

Setelah semuanya telah selesai makan, aktiviti rafting diteruskan lagi menuju ke check point kedua. Di check point kedua, kami dibenarkan terjun dari sampan dengan syarat life jacket telah dipakai dengan benar. Kerana arus yang deras, aku dihanyutkan dan impian aku untuk memanjat batu besar dan terjun ke sungai dari batu tersebut tidak kesampaian. Setelah semua selesai terjun dari batu besar tersebut, aktiviti rafting kembali disambung.

Semasa berada di checkpoint ke-3 dan ke-4, gambar kami diambil oleh photographer dan bakal di upload ke facebook ini, http://www.facebook.com/greenfamilyadventures

Setelah melewati check point ke-4, terdapat sebuah jeram sungai yang dinamakan dengan jeram Babi yang menguit memori aku dan rakan-rakan kerana di jeram ini sayap kanan perahu kami jatuh dengan serentak ke dalam sungai (aku dan 2 orang lagi tidak jatuh kerana berada di sayap kiri) dan berjaya diselamatkan oleh instructor kami dan kami bertiga yang tidak tercampak ke sungai. Jeram ini dipanggil jeram Babi kerana menurut instructor sampan kami, Abang Dani bahawa kebanyakan babi yang terjatuh ke sungai akan tersangkut ke juram Babi ini.

Meskipun telah melalui check point terakhir, perjalanan menuju finish masih panjang dan sebelum sampai ke titik finish, kami dapat menyaksikan batu besar yang menyerupai KODOK di pinggir sungai yang terbentuk secara semula jadi.

Sampai sahaja di finishing point, kami disajikan dengan makanan berupa nasi beserta lauk pauk, soto medan dan sayur yang sedap dan menyelerakan dihidangkan secara buffey. Air yang disediakan pada saat kami datang adalah air teh suam. Kerana kelaparan setelah rafting sekitar 2 jam di dalam sungai, nasi yang aku ambil dengan banyaknya telah habis aku makan dengan penuh selera. Meskipun telah habis aku makan, perut aku masih terasa kosong meskipun rasa lapar sudah berkurang. Makanan dan minuman tidak perlu dibayar kerana sudah termasuk ke dalam package rafting.

BIAYA PACKAGE:
1. Rp.275.000
– Snack dan air mineral
– Bas Medan-Sergai-Medan
– Baju
– Makan

2. Rp.210.000
– Snack dan air mineral
– Baju
– Makan

UNTUK INFO LEBIH LENGKAP HUB :

1. David 08196082966 (061-76768081) pin (224efc43)
2. Andi Tan 081370633880 (061-77001562) pin (25F8D2A9)
3. Ramon 08196072044 (061-77770506) pin (239E8879)

Setelah selesai makan, aku dan rakan mandi dan menukar pakaian di toilet yang telah disediakan sebelum solat di surau yang telah disediakan dan balik semula ke Medan.

Sampai sahaja di kedai tempat aku meletakkan motor, aku kembali ke rumah aku di Taman Setia Budi Indah 1 dan tidur awal kerana esoknya aku perlu melapor di fakulti kerana mulai besok hingga 4 minggu berikutnya aku akan menjalani practical di Dept. Radiologi setelah berjaya menyelesaikan kegiatan practical selama 4 minggu di Dept. Penyakit Kulit dan Kelamin pada hari semalam.

Posted in Experience, Holiday, Oversea | Leave a comment

Post-Test di Dept. Ilmu Kesehatan Anak

Pada akhir minggu ke-6 (sepatutnya akhir minggu ke-7) practical di Dept. Ilmu Kesehatan Anak, senarai nama trainee doctor (bahasa Indonesia: co-assistant atau co-ass) minggu ke-6 (aku) dan minggu ke-7 beserta nama doktor pengatur ujian (doktor pendamping ujian) dan tarikh ujian untuk masing-masing co-ass ditampal di papan pengumuman di dinding bilik pegawai pengurusan co-ass Dept. Ilmu Kesehatan Anak yang berdekatan dengan bilik co-ass Dept. Ilmu Kesehatan Anak.

Normalnya, ujian dilakukan pada hari Isnin dan Selasa minggu ke-8, tetapi kerana minggu ke-8 aku terkena pula hari raya puasa jadi ujian diawalkan menjadi hari Jumaat dan Sabtu minggu ke-7.

Pada hari Khamis (sepatutnya aku ujian hari Sabtu) minggu ke-7 practical di Dept. Ilmu Kesehatan Anak akhirnya aku diuji post-test. Penguji ujian (supervisor) dirahsiakan sampai hari ujian post-test tiba. Kes yang diberi untuk post-test dapat pada hari ujian dan hasil lab urin dan feses perlu disertakan, pesakit dianggap pesakit baru.

Soalan yang ditanya semasa post-test tergantung kepada supervisor, tetapi setiap butir data yang ditulis di dalam medical record pesakit semasa ujian perlu dapat dipertanggungjawabkan.

Selesai ujian dengan supervisor, sudah menjadi tradisi doktor senior yang sedang belajar untuk menjadi pakar akan turut menguji dan mengada-ngada bertindak sebagai penguji post-test ke-2 dan suka memberi markah yang lebih rendah dari markah yang diberikan oleh supervisor walaupun tak banyak beza. Namun aku bernasib baik tidak diuji oleh doktor penguji post-test ke-2 sebab aku terlepas tanya doktor penguji post-test ke-2 depan supervisor: “Kak, lepas ni saya perlu tak ujian lagi sama akak?” lepas tu doktor tu menggelengkan kepala dengan serba salah memberi jawapan sambil mata menjeling muka supervisor.

Selalunya penguji ke-2 berlawanan sifat dengan penguji pertama (supervisor), jika supervisor sangat tak kedekut markah, penguji ke-2 akan sangat cerewet dan mengada-ngada bagi markah rendah untuk post-test dan sebaliknya, jika supervisor sangat kedekut bagi markah, penguji ke-2 tidak cerewet dan tidak mengada-ngada namun markah yang diberi untuk post-test tidak akan ditambah dari markah (kalau tambah pun sedikit je) yang diberikan oleh supervisor.

Pada hari Sabtu minggu yang sama, kami telah sah selesai practical di Dept. Ilmu Kesehatan Anak setelah surat keluar practical di Dept. Ilmu Kesehatan Anak dicop dan ditandatangani.

Posted in Degree, Department of Paediatric, Experience, Oversea, Practical (Trainee Doctor), Study | Leave a comment

Practical di Poliklinik Anak Sakit Dept. Ilmu Kesehatan Anak Rumah Sakit Umum Pemerintah Hj. Adam Malik

Di hari terakhir (Sabtu) di minggu ke-7 practical di Dept. Ilmu Kesehatan Anak aku dan rakan-rakan telah berada di poliklinik Anak Sakit Dept. Ilmu Kesehatan Anak Rumah Sakit Umum Hj. Adam Malik yang sepatutnya kami masuk di minggu ke-8 semasa practical di Dept. Ilmu Kesehatan Anak.

Aku dan rakan yang lain hanya practical di dept. ini hanya 7 minggu kerana minggu ke-8 cuti dan kami diberi kelonggaran untuk tidak perlu mengikuti kegiatan practical (sebab supervisor pun nak cuti raya, lagipun poliklinik tutup waktu cuti).

Di sini kami datang sebelum pukul 7.30 pagi dan pulang selepas pukul 2 petang. Di sini juga, tugas kami mengambil vital sign dan melakukan clerking, serta pemeriksaan fizik termasuk berat dan tinggi badan.

Antara yang ditanya ketika clerking adalah:
1. Data peribadi seperti nama dan lain-lain.
2. Keluhan utama

Di poliklinik ini, rata-rata orang tua yang datang di sini adalah untuk:
1. Melakukan pengubatan rawat jalan selepas dibenarkan pulang dari ward.
2. Keluhan-keluhan lain seperti demam dan sebagainya.

Jika pesakit yang datang ke poliklinik ini perlu mendapat perawatan dan pengubatan yang teliti, pesakit ini skan dimasukkan ke ward. Jika keadaan pesakit tidak begitu berat, pesakit dibenarkan memakan ubat dan dijaga di rumah.

Selesai practical di poliklinik ini, tanda tangan mesti diambil dan diisi dari kotak tanda tangan di buku panduan Dept. Ilmu Kesihatan Anak dari doktor di poliklinik.

Posted in Degree, Department of Paediatric, Experience, Oversea, Practical (Trainee Doctor), Study | Leave a comment

Penyuluhan di Dept. Ilmu Kesehatan Anak

Pada hari Selasa minggu ke-7 practical di Dept. Ilmu Kesehatan Anak semasa practical di Poliklinik Anak Sehat, aku telah melaksanakan penyuluhan di hadapan ibu-bapa yang datang di poliklinik Anak di Rumah Sakit Umum Pemerintah Haji Adam Malik.

Sebelum melaksanakan penyuluhan, makalah (paper) penyuluhan perlu diserahkan kepada doktor di sub-unit Pediatrik Sosial untuk diperiksa terlebih dahulu.

Tajuk yang aku buat untuk dijadikan penyuluhan adalah “Kesulitan Makan Pada Anak”.

Penyuluhan dilakukan dengan memakai papan (board) yang ditampal dengan bahan yang ingin disampaikan kepada pendengar.

Setelah melakukan penyuluhan, paper penyuluhan yang telah diperbaiki diserahkan semula untuk diperbaiki dan ditandatangani oleh doktor dan supervisor.

Selain itu hal yang perlu dilakukan selepas penyuluhan dilakukan:
1. Memberi kesempatan untuk para pendengar untuk bertanya dan wajib dijawab.
2. Mengambil tandatangan pendengar di dalam kertas yang diberikan oleh doktor seelum penyuluhan dilakukan.
3. Tandatangan doktor yang menjadi saksi mendengar penyuluhan di dalam ruang tandatangan di buku panduan Dept. Ilmu Kesehatan Anak.
4. Setelah melakukan pembetulan makalah penyuluhan, makalah tersebut diserahkan semula ke doktor untuk tandatangan di cover makalah penyuluhan.
5. Menyerahkan makalah penyuluhan serta kertas tandatangan pendengar penyuluhan kepada doktor supervisor untuk tandatangan.
6. Setelah doktor supervisor in charge menandatangani di cover makalah penyuluhan dan juga pada kertas penyuluhan yang dipenuhi dengan tandatangan pendengar, maka kedua benda tersebut diserahkan ke pegawai yang mengurus hal ehwal co-ass sebelum tamat minggu ke-7 practical di Dept. Ilmu Kesehatan Anak. Jangan lupa untuk menyimpan kertas penyuluhan yang dipenuhi dengan tandatangan pendengar yang original, hanya salinan fotokopi saja yang diberi kepada pegawai tersebut.

*untuk tandatangan status (medical record) pesakit poliklinik anak sehat dan markah untuk poliklinik ini yang diberi oleh supervisor, makalah penyuluhan dan kertas pendengar penyuluhan perlu ditunjukkan kepada supervisor tersebut.

Posted in Degree, Department of Paediatric, Experience, Oversea, Practical (Trainee Doctor), Study | Leave a comment

Practical di Poliklinik Anak Sehat Dept. Ilmu Kesehatan Anak Rumah Sakit Umum Pemerintah Hj. Adam Malik

Di minggu ke-7 practical di Dept. Ilmu Kesehatan Anak selama 5 hari pertama aku (sepatutnya 6 hari, tetapi hari terakhir aku dan rakan ke poliklinik Anak Sakit mengganti tempat minggu ke-8 yang sudah mendaftar masuk ke department lain kerana minggu depannya cuti raya selama seminggu) dan rakan-rakan telah berada di poliklinik Anak Sehat Dept. Ilmu Kesehatan Anak Rumah Sakit Umum Hj. Adam Malik.

Di sini kami datang sebelum pukul 7.30 pagi dan pulang selepas pukul 2 petang. Di sini juga, tugas kami mengambil vital sign dan melakukan clerking serta pengambilan tinggi / panjang badan dan berat badan.

Antara yang ditanya ketika clerking adalah:
1. Data peribadi seperti nama dan lain-lain.
2. Keluhan utama

Di poliklinik Anak Sehat, terdapat satu sub-unit iaitu sub-unit Tumbuh Kembang dan Pediatri Sosial yang tidak dijadikan modul semasa kami practical pada minggu 1-4 di Dept. Ilmu Kesehatan Anak seperti sub-unit yang lain seperti neurologi dan lain-lain.

Di poliklinik ini, rata-rata orang tua yang datang di sini adalah untuk:
1. Melakukan pemantauan imunisasi dasar secara rutin kepada anak mereka
2. Melakukan pemantauan pertumbuhan dan perkembangan secara rutin kepada anak mereka

Selain itu, antara topik yang ditekankan di sub-unit Tumbuh Kembang dan Pediatri Sosial adalah:
1. Imunisasi dan jenis-jenisnya
2. Deteksi (detection) awal faktor risiko child abuse pada anak
3. Pemantauan bayi prematur dan imunisasi bayi prematur
4. Pemantauan Pertumbuhan dan Perkembangan kanak-kanak dibawah usia 5 tahun
5. Syndrome Down

Selesai practical di poliklinik ini, tanda tangan mesti diambil dan diisi dari kotak tanda tangan di buku panduan Dept. Ilmu Kesihatan Anak dari doktor di poliklinik.

Posted in Degree, Department of Paediatric, Experience, Oversea, Practical (Trainee Doctor), Study | Leave a comment

Jaga di Pediatric Emergency Unit Dept. Ilmu Kesehatan Anak Rumah Sakit Umum Pemerintah Hj. Adam Malik

Sepanjang 4 hari terakhir pada minggu ke-6 aku practical di Dept. Ilmu Kesehatan Anak aku perlu jaga, dan melakukan prosedur terapi di Pediatric Emergency Unit.

Sepanjang di unit ini, aku dan rakan melakukan tugas seperti:
1. Melakukan resusitasi.
2. Melakukan prosedur medik seperti balance cairan, suction, mengambil berat badan, tinggi / panjang badan, lilit kepala, melakukan pemantauan vital sign dan saturasi oksigen.
3. Mengikuti pesakit untuk melakukan scanning (jika perlu) dan menemani menghantar pesakit ke:
a. Ward bahagian Non-Infeksi,
b. Ward bagian Infeksi,
c. Ward Perinatologi atau Neonatal Intensive Care Unit, dan
d. Pediatric Intensive Care Unit.

Ketika jaga petang dan malam, seperti yang dilakukan pada waktu wajib hadir (office hour) aku dan rakan-rakan menunggu kedatangan pesakit baru dengan sentiasa memandang ke arah pintu Emergency unit sambil duduk-duduk di kantin bersebelahan Emergency Unit atau dikenali sebagai Instalasi Gawat Darurat.

Khusus pada jaga malam, untuk tidur yang selesa dan agar tidak miss kehadiran pesakit, aku dan rakan yang jaga malam tidur di katil pesakit yang terdapat di Pediatric Emergency Room dan cepat-cepat bangun apabila bilik ini dibuka oleh nurse.

Antara penyakit yang sering dijumpai di Pediatric Emergency Unit adalah:
1. Syok hipovolemik
2. Dehidrasi berat
3. Demam panas
4. Trauma
5. Penurunan tingkat kesedaran (alertness)

Selain itu, antara topik yang ditekankan di bahagian Gawat Darurat Pediatric (Pediatric emergency) adalah:
1. Gagal nafas akut
2. Resusitasi
3. Penyumbatan saluran nafas atas
4. Syok

Posted in Degree, Department of Paediatric, Experience, Oversea, Practical (Trainee Doctor), Study | Leave a comment

Ujian Skills (OSCE) di Dept. Ilmu Kesehatan Anak

Pada minggu ke-6 (sepatutnya minggu ke-5) practical di Dept. Ilmu Kesihatan Anak aku menjalani OSCE secara bertulis.

Soalan-soalan yang ditanya adalah soalan pendek dengan diberi kes di setiap station.

Jumlah station tidak tetap, jika 2 minggu (minggu ke-5 dan minggu ke-6) digabung untuk OSCE pada waktu yang sama, maka jumlah station akan menjadi sangat banyak bahkan ada yang sampai 24 station.

Masa yang diperuntukkan untuk setiap station adalah 3 minit. Antara soalan yang ditanya adalah:

1. Diagnosis dan diagnosis banding
2. Rencana terapi
3. Pemeriksaan yang dianjurkan

Posted in Degree, Department of Paediatric, Experience, Oversea, Practical (Trainee Doctor), Study | Leave a comment