Menghadiri Majlis Akad Nikah Rakan

Seumur hidup aku inilah kali pertama aku menghadiri majlis akad nikah, majlis tersebut telah dilaksanakan dengan jaya nya pada pukul 8.45 malam Waktu Indonesia Barat (9.45 malam waktu Malaysia) semalam, 4 September 2011.

Majlis akad nikah ini pasti menjadi salah satu hari bersejarah buat rakan aku memerangkap housemate aku, Tuan TMB Bin TI serta isterinya, Puan EH yang secara kebetulan merupakan salah seorang student medical yang sedang menjalani practical macam aku sekarang ini. Puan EH itu merupakan budak minggu bawah aku (aku minggu 3, dia minggu 1).

Sebenarnya, aku tahu majlis akad nikah ini akan dilaksanakan secara tiba-tiba, kira-kira 4 jam sebelum majlis ini dilangsungkan.

Majlis ini agak istimewa kerana rakan aku itu warganegara Malaysia, manakala isterinya merupakan rakyat Indonesia. Mereka menikah kira-kira selepas 8 bulan saling berkenalan dan declare sebagai sepasang kekasih. Itulah yang dikatakan jodoh, kalau bukan jodoh bercinta 1000 tahun pun tak akan menjadi sepasang suami isteri yang sah.

Kepada rakan aku, Tuan TMB Bin TI serta isterinya, aku mengucapkan selamat pengantin baru. Semoga korang berdua bahagia selamanya dan dikurniakan zuriat yang soleh solehah.

Majlis walimatul urus nanti jangan lupa jemput aku ye, teringin nak makan nasi minyak member.

This entry was posted in Event, Experience, Oversea, Wishes. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s