Hari Pertama di Medan, Indonesia

Walaupun kisah ini sudah lama berlaku, tapi masih segar dalam ingatan aku. Kira-kira 4 tahun 1 bulan yang lalu merupakan hari pertama aku menjejakkan kaki di bumi asing, Indonesia kerana sebelum ini aku belum pernah keluar dari Malaysia, tanah air tercinta.

Pada mulanya hati aku sangat sedih untuk meninggalkan keluarga, dan rakan-rakan seuniversiti dengan ku di Malaysia.

Sebelum terbang ke Indonesia pada waktu malam, pagi-pagi lagi keluargaku sudah sampai ke asrama putera Universiti Sains Islam Malaysia di apartment Sutera Indah. Setelah selesai mengosongkan barang-barang aku dari asrama, aku dan keluargaku (ibu, kakak sulungku, dan adik) pergi membeli belah kelengkapan ke Indonesia di Nilai 3 setelah selesai solat Jumaat di masjid yang berdekatan dengan kampus kerana pada siang itu aku masih berstatus student di Universiti Sains Islam Malaysia dan masih aktif kuliah. Sebelum aku meninggalkan bilik, aku berpesan ke rakan aku untuk membantu aku memulangkan kunci bilik, kunci almari, dan buku Calculus yang aku pinjam di Library Universiti.

Pada hari itu terasa masa berlalu begitu cepat, walaupun tinggal beberapa jam untuk meninggalkan Malaysia, namun hati aku masih ragu untuk pergi ke Indonesia untuk mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan hati aku sangat berat untuk meninggalkan program Ijazah Sarjana Muda Sains Aktuari dan Pengurusan Risiko yang aku sedang aku ikuti pada masa itu kerana kursus itu memang sudah lama aku idam-idamkan sejak dari bangku sekolah menengah lagi.

Dalam masa sejam terakhir sebelum aku meninggalkan Malaysia buat pertama kali, aku dan keluarga aku menukarkan ringgit ke rupiah, pada masa itu aku memegang wang sebanyak 2.5 juta rupiah (RM 1000) lalu aku berkata kepada ibu ku: “Mak, Wan dah jadi jutawan sekarang” lalu kami ketawa. Selain dari itu juga, aku terus dihujani dengan sms dari rakan-rakan sekuliah yang sepanjang hari tersebut tidak putus-putus aku menerimanya.

Pada saat itu, aku merasa sangat sedih dan jika boleh membuat permintaan pada masa itu, ingin sekali aku meminta diriku di-duplicate menjadi dua, satu pergi mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Perubatan di Indonesia, yang satu lagi tetap tinggal di Malaysia melanjutkan program Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Sains Aktuari dan Pengurusan Risiko seperti hari-hari sebelumnya.

Sesaat sebelum mendarat di Airport Polonia, Medan aku melihat lampu-lampu di daratan dan kelihatan sangat cantik. Apabila aku keluar dari kapal terbang, aku melihat airport Polonia dan berkata di dalam hati: “betul ke aku kat airport ni? Macam bukan airport je.”

Sebaik saja turun dari kapal terbang, ada bas mini menjemput kami ke terminal kedatangan antarabangsa, kali pertama aku menaiki bas tersebut, hati aku berkata dengan gembiranya: “wa… best nya naik bas ni, unik betul la bas ni.”

Sampai sahaja di terminal, aku dan 3 rakan dari Malaysia yang lain beratur untuk dicop pasport, pada masa itu kami menggunakan visa B dan dibenarkan tinggal di Indonesia hanya 60 hari.

Setelah pasport dicop dan bagasi diambil, kami berempat dijemput oleh seorang pakcik yang mengurus kami di Indonesia dan membawa kami ke Wisma USU kerana rumah sebenar kami belum siap untuk diduduki.

Sebelum sampai di Wisma USU, pakcik tadi singgah dulu ke kedai roti sebagai alas perut di waktu malam. Pada masa itu aku tidak membeli apa-apa kerana aku ada bayak makanan yang dibekalkan oleh ibu aku sebelum meninggalkan Malaysia.

Sampai sahaja di Wisma USU, aku bertemu dengan rakan-rakan Malaysia lain di sana, pada masa itu mereka sedang sibuk membuat persiapan untuk mengikuti orientasi pada hari esok nya.

Setiap rumah di Wisma USU terdapat 4 bilik yang berhawa dingin dan mempunyai bilik air yang besar, serta ruang tamu yang menjadi tempat tidur aku (di sofa) kerana aku tak tahan sejuk. Aku tak boleh pandai-pandai tutup aircond sebab setiap bilik dikongsi sebanyak 2 orang.

Pada malam pertama aku di Indonesia aku tidak dapat tidur akibat kesejukan meskipun selimut di katil sudah cukup tebal dan fikiranku masih terbayang wajah keluargaku dan rakan-rakan Universiti aku di Malaysia.

This entry was posted in Degree, Degree: Medical Student (Theory), Experience, Oversea, Study. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s