Sem 1: Kali Pertama Mengikuti Kuliah di Indonesia

Seperti di kebanyakan universiti, kuliah pertama akan disusuli setelah tamatnya orientasi.

Masih segar di ingatan aku, di hari pertama kuliah di Medan, Indonesia aku kebingungan dan bertanya kepada senior lokasi kuliah semester 1 sebaik saja melihat pembahagian kumpulan kuliah, tutorial, dan makmal.

Setelah masuk ke dewan kuliah, aku terkejut kerana dewan kuliah di sini pada waktu itu tidak sama seperti dewan kuliah di Malaysia. Dewan kuliah di Medan ini tidak bertingkat-tingkat (mirip seperti bilik tutorial di Malaysia) dan kerusinya juga boleh dialih-alihkan seperti kerusi di bilik tutorial (terdapat meja kecil untuk menulis pada setiap kerusi) namun kerusi tersebut diperbuat dari kayu, jadi sakit punggung aku jika duduk untuk waktu yang lama.

Suasana di dewan kuliah bagaikan berada di kelas sekolah rendah semasa pensyarah (bahasa Indonesia: dosen) belum masuk ke dewan kuliah sangat bising, terdapat member-member dari Indonesia bermain kejar-kejar di dalam dewan kuliah, ada yang bernyanyi dengan microphone di dalam dewan kuliah, ada juga yang bermain game di dalam komputer di dalam dewan kuliah.

Semasa kuliah berjalan, semuanya diam dan memberi perhatian. Namun apabila dosen membuat lawak, student local ketawa terbahak-bahak tak ingat dunia sedangkan kami dari Malaysia terpinga-pinga kerana kami tidak faham bahasa Indonesia (kami pada masa itu hanya belajar dengan membaca tulisan di layar presentation).

Kuliah di sini sangat lepak meskipun jurusan aku adalah perubatan kerana kuliah dan kegiatan di kampus bermula seawal pukul 7 pagi (8 pagi waktu Malaysia) dan tamat selewat-lewatnya pukul 5 petang namun kuliah dalam seminggu sebanyak 6 hari. Berbeza halnya kuliah di universiti lama ku di Malaysia (kursus sains aktuari dan pengurusan resiko) meskipun kuliah cuma lima hari, namun kuliah atau kegiatan di kampus bermula seawal pukul 8 pagi dan tamat selewat-lewatnya pukul 10 malam.

Di sini dress code kuliahnya bebas seperti dress code kuliah di negara America dan England (seperti dalam filem) asalkan sopan dan tidak memakai t-shirt round neck dan perlu memakai kasut. Di universiti lama aku di Malaysia dahulu, setiap pelajar lelaki perlu memakai kasut kulit, seluar slack panjang, baju kemeja dan bertali leher.

Dari segi sosial, di Indonesia student lelaki dan perempuan bergaul agak bebas dan bebas bertepuk tampar antara lelaki dan perempuan, sedangkan hal ini tidak pernah aku lihat terjadi di universiti lama aku di Malaysia.

Sepanjang sem 1 yang lalu, ada 3 blok utama yang aku pelajari ditambah dengan beberapa blok pendamping yang lain iaitu:

Blok utama:
1. Blok Basic Biology of Cell 1: terdiri dari subjek Biochemistry, Chemistry, Nutrition, Biology, Physiology dan Histology.
2. Blok Basic Biology of Cell 2: terdiri dari subjek Microbiology, Parasitology, Biochemistry dan Anatomical Pathology.
3. Blok Basic Biology of Cell 3: terdiri dari subjek Physics, Clinical Pathology, Microbiology, Anatomical Pathology, Pharmacology dan Nutrition.

Blok pendamping:
1. Blok Community Research Program 1: terdiri dari subjek Epidemiology, Medical Statistics dan Medical Research.
2. Blok Community Health Oriented Program 1: terdiri dari subjek Community Health.
3. Blok Community Health Oriented Program (communication): terdiri dari subjek Community Health.
4. Blok Bioethics & Humanities Program: terdiri dari subjek Kewarganegaraan, Kebudayaan, Agama, Medical Ethics, Public Health dan Filsafat (Ilmu Falsafah).

Disebabkan menurut evaluasi pihak fakulti terdapat kekurangan dari segi mutu pengetahuan, maka mulai tahun 2010 yang lalu, pihak fakulti telah mengambil inisiatif dengan menggantikan Blok Basic Biology of Cell 2 & 3 agar mutu pengetahuan student fakulti ini sesuai dengan matlamat dan target pihak fakulti dan universiti. Blok Basic Biology of Cell 2 & 3 diganti dengan:
1. Blok Basic Biomedical Science (Anatomy)
2. Blok Basic Biomedical Science (Histology)
3. Blok Basic Biomedical Science (Physiology)
4. Blok Basic Biomedical Science (Microbiology)
5. Blok Basic Biomedical Science (Parasitology)
6. Blok Basic Biomedical Science (Pharmacology)

This entry was posted in Degree, Degree: Medical Student (Theory), Experience, Oversea, Study. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s