Sem 1: Mengikuti Makmal di Indonesia

Pengalaman pertama memasuki makmal di Indonesia secara tidak langsung dapat mengubati kerinduan aku yang sudah hampir kira-kira 5 bulan tidak memasuki makmal semenjak makmal tamat makmal terakhir aku di Kolej Matrikulasi Johor.

Dahulu, semasa aku di universiti lama aku tidak lagi masuk ke makmal kecuali makmal bahasa dan komputer kerana jurusan ku dulu berkaitan dengan kewangan. Tidak seperti ketika mengikuti makmal di Malaysia, mengikuti makmal di Indonesia sering diminta membawa bahan yang akan digunakan untuk eksperimen seperti membawa telur untuk makmal kimia dan sebagainya kerana tidak disediakan oleh pihak fakulti seperti yang dilakukan di Malaysia.

Tidak seperti di Malaysia, di Indonesia sebelum masuk ke makmal tidak perlu membuat dan menyiapkan jotter book (ketika di kolej matrikulasi). Jotter book adalah buku tulis yang digunakan untuk melukis prosedur makmal berdasarkan kefahaman sendiri yang nantinya akan diperiksa dan dibetulkan oleh pensyarah sebelum makmal dimulakan. Jotter book juga digunakan untuk mencatat hasil eksperimen dan nantinya akan dipindahkan ke laporan makmal yang lengkap.

Berhubungan dengan laporan makmal yang lengkap, seingat aku di dalamnya terdiri dari tajuk, tujuan, manfaat, teori, pemboleh ubah, hipotesis, inferensial, alatan dan bahan, prosedur makmal, hasil eksperimen, analisa hasil eksperimen, pembincangan dan kesimpulan. Semenjak dari sekolah menengah, terutama memasuki tingkatan 4 aku sudah dilatih untuk membuat laporan makmal yang lengkap, namun laporan makmal yang lengkap jarang diminta di Indonesia.

Seperti di Malaysia, di Indonesia setiap makmal dimulakan, para pelajar diajari dan eksperimen didemostrasikan terlebih dahulu oleh pensyarah meskipun alatan yang digunakan kadang kala agak kuno, namun itu tidak menjadi masalah yang besar, malah aku beruntung kerana masih dapat menggunakan alatan dan prosedur makmal yang klasik yang tidak dapat dirasai oleh orang lain yang berlajar di tempat yang lebih maju. Meskipun begitu, semasa aku sudah memasuki tahun ke-3, alatan makmal sudah banyak ditukar oleh pihak fakulti kepada alatan yang lebih moden.

Sepanjang sem 1 ini, ada beberapa makmal yang telah aku masuk iaitu:

(a) Semasa di Blok Basics Biology of Cells 1:
1. Makmal Fizik: Pengenalan mikroskop.
2. Makmal Kimia: Karbohidrat, Lemak/Minyak, Asid Amino dan Protein.
3. Makmal Biologi: Struktur sel dan Chick embryo.
4. Makmal Biokimia: Isolasi DNA dan Aktiviti enzim.
5. Makmal Histologi: Struktur Epithelial tissue dan Connective tissue.

(b) Semasa di Blok Basics Biology of Cells 2:
1. Makmal Mikrobiologi (wet lab): Demostrasi alatan makmal, pengenalan cara-cara sterilisasi dan media pertumbuhan bakteri dan fungi; Flora normal, pembiakan, dan kontaminan; Bakteria batang gram positif aerob dan Bakteria anaerob.
2. Makmal Mikrobiologi (dry lab): Pyogenic cocci, Enterobacteriaceae dan Vibrionaceae serta Uji kepekatan bakteria terhadap antimikrob.
3. Makmal Parasitologi (dry lab): Nematoda, Trematoda dan Cestoda, Protozoa, dan Plasmodium.

(c) Semasa di Blok Basics Biology of Cells 3:
1. Makmal Fizik: Prinsip instrument makmal (spektroskop, polarimeter).
2. Makmal Patologi Anatomi: Proses pengelolaan spesimen tissue dan Gambaran mikroskopik tissue.

This entry was posted in Degree, Degree: Medical Student (Theory), Experience, Oversea, Study. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s