Sem 1: Mengikuti Tutorial di Indonesia

Meskipun sudah lama berlalu, namun kisah pertama kali aku mengikuti tutorial di Indonesia masih belum luput di ingatan.

Tidak seperti tutorial di Malaysia, tutorial yang aku ikuti di fakulti di Indonesia adalah untuk membahaskan kes yang diberikan, manakala di Malaysia dahulu kelas tutorial adalah kelas untuk membincangkan assigment yang diberikan oleh pensyarah.

Di setiap kes baru yang bakal dibincangkan di tutorial, akan dilantik seorang ketua dan seorang secretary. Pada tutorial kali pertama ini, aku telah dilantik untuk menjadi ketua tutorial yang akan menjalankan sesi perbincangan, manakala secretary akan mencatat semua hasil perbincangan di kertas mahjong dan whiteboard yang telah disediakan.

Sesi tutorial untuk sesi pertama terdiri dari:
1. Pembacaan kes yang diberikan oleh pensyarah
2. Klarifikasi istilah yang tidak difahami yang terdapat di dalam kes yang diberikan
3. Identifikasi masalah
4. Membuat hipotesis
5. Analisa masalah, di sepanjang analisa masalah, jika terdapat perkara yang masih diragukan ketika memberi pendapat akan di masukkan di dalam “we don’t know.” Kadang-kala terdapat “more info” untuk kes yang perlu diminta oleh pensyarah bagi menjelaskan lagi keadaan penyakit yang dijadikan kes.
6. Learning issue adalah senarai perkara yang perlu dibahas berdasarkan teori yang berkaitan dengan kes dan membahas we don’t know. Perkara yang dijadikan dalam learning issue akan dibahas satu persatu di sesi ke-2 di hari yang lain.

Sesi tutorial untuk sesi kedua terdiri dari:
1. Perbincangan semua learning issue pada sesi 1, dan jika masih ada persoalan dapat ditanyakan di sesi ke-3 iaitu sesi perbincangan kes dengan doktor pakar yang diundang oleh pihak fakulti.
2. Membuat kesimpulan mengenai kes berdasarkan teori yang sudah dibahas.

Sesi tutorial untuk sesi tutorial ketiga atau dipqnggil sebagai sesi pleno pakar terdiri dari:
1. Pembentangan 2 kumpulan tutorial yang dipilih secara acak
2. Sesi soal jawab antara kumpulan tutorial yang menjadi presentator dengan para pendengar yang terdiri dari kumpulan tutorial yang lain yang semestinya satu semester dengan kumpulan presentator.
3. Sesi soal jawab dan penerangan oleh doktor pakar yang telah diundang.

This entry was posted in Degree, Degree: Medical Student (Theory), Experience, Oversea, Study. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s