Practical Di Ward Dept. Psikiatri Rumah Sakit Jiwa Pemerintah Daerah Provinsi Sumatera Utara

Di minggu pertama dan ke-4 practical di Dept. Psikiatri, hospital tempat kami practical adalah di Rumah Sakit Jiwa Pemerintah Daerah Sumatera Utara.

Di hospital ini suasana nya sama seperti hospital yang lain (terdapat poliklinik Psikiatri, Penyakit Dalam, dan lain-lain), namun di sini tidak dijumpai ward kecuali ward Dept. Psikiatri.

Sebelum pukul 9 pagi, pesakit akan sarapan dan mandi. Selalunya pada waktu ini, kami tidak digalakkan untuk melihat pesakit kerana akan mengganggu tugas jururawat dan terdapat sesetengah pesakit ada yang membogelkan dirinya ketika dimandikan beramai-ramai oleh jururawat.

Di ward Psikiatri, selain sarapan dan mandi, pesakit juga dilepaskan (bagi pesakit yang tidak membahayakan orang lain) untuk berkomunikasi sesama sendiri serta melakukan aktiviti sosial seperti gotong-royong dan latihan band serta choir.

Selepas sesi “sosial” dilakukan, pesakit disuruh masuk masuk oleh jururawat sambil ketua bilik menghitung satu persatu anak buahnya ketika masuk ke dalam bilik. Ketua bilik dilantik oleh jururawat dan selalunya kesihatan mental ketua bilik lebih atau paling baik jika dibanding dengan anak buahnya.

Pesakit akan dibenarkan keluar dari bilik selepas pukul 1 petang untuk makan tengah hari atau dilepaskan dari kurungan sebelum pukul 1 petang apabila kami atau doktor memanggil pesakit untuk diwawancara.

Satu hal yang menarik minat aku di ward, terdapat pesakit yang dibiarkan bebas sepenuhnya dan diberi kepercayaan untuk menjadi sukarelawan mengurus pesakit baru (pesakit yang sudah hampir sembuh), terdapat juga pesakit yang dijadikan ketua bilik tetapi tidak bebas sepenuhnya (pesakit yang penyakit kejiwaannya sudah semakin baik), terdapat pesakit yang bebas pada waktu tertentu sahaja (pesakit yang tidak membahayakan orang lain), terdapat pesakit yang bebas pada waktu tertentu sahaja dan kedua kakinya dirantai besi agar tidak dapat lari dengan cepat (pesakit yang tidak membahayakan orang lain tetapi pernah cuba melarikan diri dari hospital), dan terdapat juga pesakit yang dipenjara dan tidak dibenarkan bebas walaupun sebentar (pesakit yang membahayakan orang lain).

Sepanjang minggu 1 practical di Dept. Psikiatri, selain di ward kami perlu juga mengikuti bed side teaching oleh supervisor yang dilaksakan pada setiap hari.

Kes yang dibawa untuk perbincangan ketika bed side teaching adalah Schizophrenia, Bipolar dan Penyalahgunaan zat. Topik yang dibahaskan dalam bed side teaching pula adalah riwayat peribadi, riwayat keluarga, pemeriksaan psikiatri khusus, dan riwayat ketika kandungan, kanak-kanak, remaja, pekerjaan dan lain-lain.

Masuk practical di hospital ini sebelum pukul 7.30 pagi dan pulang selepas pukul 2 petang. Hari Ahad cuti.

This entry was posted in Degree, Department of Psychiatry, Experience, Oversea, Practical (Trainee Doctor), Study. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s