Berpuasa dan Berbuka Puasa Ketika Sedang Menjalani Practical di Dept. di Siklus Bawah

Kira-kira 2 bulan yang lalu, ketika aku memasuki minggu ke-4 practical di Dept. Ilmu Kesihatan Anak, merupakan kali pertama aku merasai puasa Ramadhan ketika menjalani practical.

Aku berasa sangat beruntung kerana pada tahun ini, merupakan kali pertama aku dapat sahur dan berpuasa puasa sekali gus berbelanja di Baazar Ramadhan pada 1 Syawal bersama keluarga di Malaysia sepanjang aku belajar di Indonesia dari semester 1, kerana kebetulan ketika itu saya balik ke Malaysia atas urusan pasport.

Sebelum pulang ke Malaysia, aku sudah ganti jaga petang dan jaga malam sepanjang aku bercuti di Malaysia selama 4 hari mulai Sabtu malam hingga Rabu malam. Namun jadual wajib hadir (office hour) selama 4 hari aku bercuti hanya dapat diganti semasa aku sudah tamat practical di Dept. Ilmu Kesehatan Anak, selagi tidak ganti wajib hadir result practical di dept. ini tidak akan keluar. Untuk meminta izin balik ke Malaysia perlu membuat surat permohonan cuti dan ditandatangani oleh doktor supervisor yang mengurus co-assistant dan doktor PPDS (Program Pendididikan Dokter Spesialis) yang sudah senior.

Berhubung dengan berpuasa dan berbuka puasa, hal ini bukan yang pertama kali aku lalui di Indonesia. Namun suasana berpuasa dan berbuka puasa di Indonesia ketika kuliah dan practical di Dept. di siklus bawah agak sedikit berbeza.

Tidak seperti saat masih kuliah, berpuasa ketika sedang practical lebih melelahkan terutama kerana berpuasa di Dept. Paediatric yang merupakan dept. yang paling melelahkan di sepanjang practical di siklus bawah.

Ketika jaga petang, sekitar pukul 6.00 petang atau pukul 5.30 petang (supaya dapat beli mee rebus yang limited edition hanya di bulan Ramadhan, lambat habis) aku dan rakan yang muslim sudah meminta izin untuk membeli belah di Baazar Ramadhan yang pastinya tidak semeriah seperti di Baazar Ramadhan di Malaysia kerana berbuka puasa di Medan pada antara pukul 6.30-6.50 petang.

Antara makanan yang sering aku beli untuk berbuka puasa:
1. Kuih muih
2. Mee rebus
3. Mee pecel
4. Buah-buahan
5. Es dawet (air cendol)
6. Air tebu
7. Air cincau

Ketika jaga malam, selalunya aku meminta izin untuk sahur pada pukul 4.00 pagi atau 4.30 pagi kerana imsa’ pada pukul 4.50-5.00 pagi.

This entry was posted in Event, Experience, Oversea. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s