Case Report di Dept. Ilmu Kesehatan Anak

Pada akhir minggu pertama aku mendapat surat dari pegawai yang mengurus hal ehwal co-assistant untuk diserahkan kepada doktor supervisor atas tujuan undangan untuk menghadiri case report sekali gus menjadi penguji case report aku.

Pada akhir minggu ke-2, aku dan rakan aku yang menjadi pair aku untuk case report pergi berjumpa dengan doktor pembimbing sekali gus doktor penguji case report aku dengan membawa surat undangan tersebut dan senarai nama pesakit yang berada di ward bahagian infeksi dan non-infeksi beserta diagnosisnya untuk pemilihan kes yang bakal dibawa ke case report nanti. Kes yang aku bawa untuk case report tidak boleh sama dengan orang lain yang sama minggu dengan aku.

Setelah doktor pembimbing memilih kes yang ingin dibawa untuk case report, kertas persetujuan supervisor terhadap tajuk case report perlu diisi dengan tandatangan sepervisor dan diserahkan kembali ke pegawai yang menguruskan co-assistant tadi + mendaftar di buku pengesahan case report yang didalamnya tertulis nama dan diagnosis pesakit yang dibawa untuk case report. Tujuannya agar pesakit yang dibawa untuk case report tidak sama.

Bermula akhir minggu ke-4 hingga awal minggu ke-7 (aku hari Isnin minggu ke-5), aku dan rakan-rakan yang sama minggu dengan aku akan mempersembahkan case report masing-masing. Di dept. ini rata-rata paper dan slide presentation case report dibuat dalam bahasa Inggeris dan ada sebahagian supervisor mahu presentation juga disampaikan dalam bahasa Inggeris.

Sebelum tiba saat presentation, aku dan rakan aku berkali-kali berjumpa dengan supwevisor untuk memperbaiki paper dan slide case report kami serta mendalami teori dan kes yang dibawa agar tidak menjadi masalah kepada kami semasa sesi soal jawab selepas presentation selesai. Setelah sesi soal jawab selesai, diakhiri dengan komen dari supervisor dan tandatangan dari supervisor diambil untuk mengisi bahagian case report dan kegiatan harian di buku panduan Dept. Ilmu Kesihatan Anak.

Alhamdulillah, case report aku berjalan lancar. Case report di Dept. ini dibuat secara berkumpulan yang maksimumnya terdiri dari 2 orang dan ini telah ditentukan oleh pegawai yang mengurus hal-ehwal co-assistant.

This entry was posted in Degree, Department of Paediatric, Experience, Oversea, Practical (Trainee Doctor), Study. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s